Tuesday, 26 March 2013

Salah Siapakah Sebenarnya?? :'(

Gejala Pembuangan Bayi sering disiarkan melalui media massa serta elektronik.. humrmm.. Pernah tak kita terfikir kenapa benda ini semua terjadi.. Mungkin masyarakat sekeliling akan menuding jari kepada keluarga si mangsa.. Pernah tak kalian  memikirkan perasaan keluarga si mangsa apabila menerima kutukan hebat daripada masyarakat sekeliling..?? Pernahkah kita terfikir perasaan si mangsa yang hadapi semua ni..?? Mungkin kita menganggap semua terjadi disebabkan sikap diri sendiri yang sosial serta sikap ibu bapa yang tidak pandai mengasuh anak mereka....Sungguh parah serta pedih untuk diharungi oleh keluarga si mangsa... Pelbagai persoalan yang bakal timbul apabila si anak itu membesar..si anak yang tidak berdosa ingin tahu siapa yang ayah atau ibunya.. mereka juga ingin mendapatkan kehidupan seperti orang sekelilingnya.. tapi, bila orang sekeliling mengejeknya, dia akan merendah diri dan ingin hidup secara berasingan dengan orang luar.. jadi, si mangsa mengambil tindakan dengan menggugurkan kandungan itu.. sungguh sedih apabila benda itu berlaku... ANAK DALAM KANDUNGAN ITU TIDAK BERSALAH!!!!... kenapa kita menghukum anak tersebut... kenapa kita tidak menjaga anak tersebut..walaupun anak tersebut tiada ayah atau mak, DIA TETAP DARAH DAGING kita... masyarakat di luar sana, tolonglah jaga anak-anak anda.... mungkin benda ini tidak berlaku dalam keluarga kita..tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, jagalah diri masing-masing bagai menatang minyak yang penuh.... Ingat, ANAK ITU TIDAK BERSALAH.... ANAK ITU ANAK YANG TERSANGAT ISTIMEWA...:'( :'( 

Anak tersebut tak nak permaianan atau sebagainya, mereka hanya nak kasih sayang daripada kita semua.. salahkah kita memberikan kasih sayang kepada mereka..??


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Sayang Ayah sepanjang masa sayang Ibu membawa ke Syurga.

Tuesday, 19 March 2013

Semakin Ramai Anak Buang Ibu Bapa


Setelah hampir 21 tahun saya hidup di atas muka bumi Allah ini, saya didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang mengembirakan dan juga yang sangat menyedihkan hati.
Seperkara yang menyedihkan saya ialah apabila menyaksikan semakin ramai ibu-bapa yang dibuang oleh anak-anak mereka sendiri samada di hospital, rumah orang-orang tua dan ada juga yang dibuang ke masjid atau ke surau.
Kalau dulu, perkara seumpama ini banyak berlaku di kalangan masyarakat Cina terutamanya di kalangan mereka yang berada tetapi kini ianya telah menular kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam.
Semakin kerap kedengaran berita anak-anak yang sibuk dengan kerjaya mereka menghantar ibubapanya ke rumah kebajikan orang tua. Apalagi apabila anak yang beragama Islam itu menghantar ibu atau ayahnya ke rumah kebajikan orang tua bukan Islam yang menjadi pilihan untuk dia membuang orang tuanya!
Tidakkah mungkin mereka berusaha mendapatkan pembantu rumah yang boleh menjaga dan membantu urusan kehidupan orang tua yang dahagakan kasih sayang mereka dan cucu-cicit mereka?
Sudah tiada tempatkah untuk orang tuanya di rumah kebajikan Islam? Mungkin juga dia merasakan orang tuanya akan dapat layanan terbaik di sana atau ada niat yang tersirat dalam memerli orang tuanya?
Saya sangat khuatir bahawa anak-anak yang kurang adab dan akhlaknya kepada orang tua mereka ini akan menerima nasib yang sama atau mungkin lebih teruk apabila mereka sendiri meniti usia senja nanti.....!
Kasihanilah ibu bapa dan garaplah kehebatan syurga melalui kasih-sayang dan bersabar dengan karenah ibu bapa yang berada di penghujung usia.
Sesungguhnya budaya menghormati dan mengasihi ibu bapa akan mewujudkan suasana yang harmoni, damai dan tenang dalam keluarga. Mari kita perhatikan maksud hadith Rasulullah saw ini sebagai peringatan kepada kita dalam menjaga adab dan berkasih-sayang dengan ibu bapa.
"Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami." (Hadis riwayat Tabrani)
Dalam hadith yang lain, baginda mengatakan bahawa perbuatan menderhaka kepada kepada ibu bapa merupakan maksiat yang akan di balas dengan segera di dunia ini.
"Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Ingatlah saudaraku,
Syurgamu kelak adalah pada redha ibumu, redha ibumu, redha ibumu dan juga pada redha bapamu.....!

Ayuh Bina Syurga Dunia


Hidup berkeluarga sememangnya diimpikan oleh setiap umat Islam yang beriman. Mempunyai suami dan isteri yang dicintai di sisi adalah keinginan fitrah manusia. Setelah sahnya ijab dan kabul, maka bermula hidup berkeluarga yang penuh dengan warna dan serinya.
alt
Keluarga Bahagia merupakan Impian semua orang...:)
Selain daripada kebahagiaan yang dikecap, kita seharusnya mempersiapkan diri dengan cabaran dan ujian dalam hidup yang serba baru itu. Jika dahulu kita hidup dengan suasana bebas untuk melakukan sesuatu, tidak terikat dengan seseorang selain keluarga namun selepas berkahwin tiada lagi istilah hidup bujang.
Tanggungjawab terhadap keluarga bermula sebaik sahaja seseorang itu dikahwinkan. Bermulanya tanggungjawab terhadap isteri, mahupun suami sehinggalah kepada anak-anak. Berkahwin dan berkeluarga amat disukai Rasulullah S.A.W.
Baginda juga menyarankan agar mempunyai anak yang ramai bagi pasangan yang baik kerana dengan lahirnya ramai anak, maka lahirlah ramai penerus dan penyebar syiar Islam. Menjaga keluarga telahpun diperintahkan secara terus dari Allah S.W.T kepada kita semua. Firman Allah S.W.T:
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)
"Anak yang ramai bukan semuanya jadi orang alim pun." 
Ini antara nada sinis berbaur negatif yang selalu menjadi "mind set" kebanyakan daripada kita.Kenapa tidak anak-anak menjadi soleh dan solehah? Anak-anak yang soleh solehah inilah yang akan mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya di alam kubur kelak. Doa mereka akan sentiasa mengiringi orang tuanya meskipun mereka telah meninggal dunia. Bukankah anak soleh dan solehah itu suatu kelebihan dan anugerah buat ibu dan bapa?
Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya."(Riwayat Muslim)
Menghidupkan suasana Islam dalam keluarga atau biah solehah adalah seruan yang dituntut buat kita semua para suami, isteri, dan sesiapa yang bakal berada di alam rumah tangga ini. Jika sejak dari mula perkahwinan "mode Islam" itu diaktifkan, keluarga akan lebih cenderung dan akrab dengan Islam. Adalah wajib untuk mengajar anak-anak ilmu fardhu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, serta syariat-syariat Islam yang lainnya.
Jangan bimbang andai tiada harta dunia tetapi bimbanglah andai tiada roh agama dalam keluarga. Taburkan kasih, dan cinta kita kepada pasangan hidup serta anak-anak dengan mencurahkan syariat agama Islam, bukan disuap dengan harta, kebebasan dan keseronokan yang fana. Rasulullah S.A.W bersabda :
"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih), kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita bukan lahir dalam keluarga alim ulama', bukan dari keluarga wali-wali Allah dan bukan pula dari kalangan mufti-mufti yang benar. Kebanyakan kita adalah orang awam dan biasa.
Pun begitu, tidak mustahil bagi kita mewujudkan keluarga yang mencontohi para alim ulama' dan orang-orang yang dekat denganNya. Setidak-tidaknya kita mencuba, dan sekurang-kurangnya kita menjalankan tanggungjawab dalam berkeluarga.
Ayuh, bina syurga dunia dengan Islam. Le'ts turn on Islamic mode in our family!